MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN PERDANA SEMPENA PMR&SPM 2013

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Anjuran : Unit Bimbingan&Kaunseling

Tarikh : 27 September 2013

Tempat: Masjid Jamek Teluk Bahang

Penglibatan : Semua pelajar tingkatan 1 hingga 5

Alhamdulillah.. sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan keberkatan dari Allah, satu majlis telah dirancang dan dilaksanakan pada Jumaat yang lepas iaitu Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin sempena peperiksaan PMR dan SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi. Hujan dipagi hari tidak mematahkan semangat para pelajar untuk berjalan kaki ke masjid malah telah memberikan satu suasana yang tenang dan sejuk kepada hadirin yang hadir termasuklah ibu bapa para pelajar PMR dan SPM.

Majlis pada pagi tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh salah seorang pelajar PMR; Mohd Izafi dan diikuti dengan ucapan daripada wakil pihak Masjid Teluk Bahang dan juga ucapan daripada PK HEM; Ustaz Mohd Siroj B. Abdul Lathiff. Penceramah jemputan adalah Ustaz Mohd Fadhly atau dikenali sebagai Ustaz Manis yang merupakan seorang guru dan juga artis nasyid. Beliau mengetuai solat hajat dan bacaan Yasin pada hari tersebut dan telah membacakan doa khas untuk para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM. Majlis diselangselikan dengan edaran air zam-zam kepada ibu bapa dan para pelajar. Ceramah motivasi pula turut disampaikan oleh Ustaz Manis dan penyampaiannya berjaya mencuit hati pelajar dan hadirin yang hadir

Komitmen yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan majlis ini amatlah dihargai. Semoga aktiviti tahunan ini akan berjaya dilaksanakan pada setiap tahun. Sama-sama kita doakan kejayaan seluruh pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM. InsyaAllah..

“USAHA,DOA&TAWAKAL”

 

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225655
TodayToday218
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5077
This MonthThis Month31674
All DaysAll Days3225655
54.144.57.183

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.