MAJLIS KORBAN PERDANA SMK TELUK BAHANG BERSAMA KOMUNITI 2013

LAPORAN DARI: USTAZ SIROJ BIN ABDUL LATHIFF (PK HEM)

 

 


Bismillahirrahmanirrahim.




Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa ta'aala (SWT) yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.



Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam (SAW) serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.



Alhamdulillah.. Sambutan hari Raya Aidiladha adalah tidak sempurna tanpa amalan ibadah Korban yang diperintahkan terhadap umat Islam.



Ibadah Korban mengimbas kembali sejarah agung pengorbanan Nabi Ibrahim A.S bersama anaknya Nabi Ismail A.S. Oleh itu, pihak sekolah bersama Komuniti Teluk Bahang telah bekerjasama untuk menjayakan program Korban Perdana yang diadakan pada 17/10/2013 di SMK Teluk Bahang.



Alhamdulillah, sebanyak 2 ekor lembu berjaya dikorbankan pada tahun ini. Ustaz Saiful bersama guru-guru dan warga Komuniti Berjaya menumbangkan 2 ekor lembu untuk disembelih.


Warga SMK Teluk Bahang bersama komuniti telah bergotong-royong untuk menjayakan Majlis Korban yang dijalankan. Kesungguhan dan ketekunan warga SMK Teluk Bahang mencerminkan kekuatan Ukhuwwah dalam menjayakan program tersebut.



Dua ekor lembu yang disembelih tersebut telah diagihkan untuk fakir miskin, anak-anak pelajar, staf sekolah, guru-guru serta dibuat jamuan secara besar-besaran.



Wakil Komuniti Tuan Haji Pisol telah membantu puhak sekolah dengan mengagihkan beberapa bungkusan daging korban kepada masyarakat sekitar Teluk Bahang setelah memproses lembu yang dikorbankan.



Walhamdulillahirobbila’lamin..

 

 

 

 

 


 

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3133021
TodayToday926
YesterdayYesterday1209
This WeekThis Week5782
This MonthThis Month29564
All DaysAll Days3133021
54.80.180.248

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.