KARNIVAL RIMUP DAERAH BARAT DAYA 2013

LAPORAN DARI: PN. JAMILAH BT. SHAHAROM (PK. KOKURIKULUM)

 

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005.

KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kearah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.

Karnival RIMUP Daerah Barat Daya telah diadakan di SMK Pondok Upeh pada 24 Oktober 2013 dari jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang.

2. Matlamat

Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan,memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran kolektif dan bersepadu.

3. Objektif Rancangan

3.1 Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat,para guru dan murid sertawarga sekolah dalam kegiatan khas secara bersama-sama.

3.2 Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang.

3.3 Melahirkan persefahaman dan tolenrasi antara murid pelbagai kaum disekolah.

3.4 Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama-sama

4. Sekolah-sekolah terlibat:

  • SMK Teluk Bahang
  • SMK Pondok Upeh
  • Smk Seri, Balik Pulau
  • SMK Teluk Kumbar
  • SMK Teluk Kumbar 2
  • SMJK Sacred Heart
  • SMK Raja Tun Uda
  • SMK Sg Ara
  • SMK Bayan Lepas
  • Maahad Almashoor, Balik Pulau
  • SMK St George, Balik Pulau

5. Program yang akan dijalankan:

5.1 Sukaneka


    • Boling padang
    • Isi Air dalam botol
    • Perahu undur
    • Sarung kasih
    • Belon terbang

5.2 Permainan Tradisional

    • Congkak
    • Tali bintang
    • Bulu ayam/capteh

5.3 Pertandingan Kebudayaan

    • Chui Mei (Lukisan bunga mei merupakan tradisi masyarakat cina)
    • Colum (Merupakan adat orang India semasa menyambut perayaan Deepavali)
    • Anyaman ketupat

SMK Teluk Bahang telah mengambil bahagian dalam kesemua acara yang dipertandingkan.

Daripada 11 acara yang dipertandingkan SMK Teluk Bahang telah berjaya mendapat 4 pingat emas dalam acara sarung kasih, isi air dalam botol, boling padang dan perahu undur, 3 pingat perak iaitu untuk acara belon terbang, anyaman ketupat dan tali bintang serta 1 pingat gangsa untuk acara Chui Mei.

Sebagai kesimpulannya Karnival RIMUP Daerah Barat Daya dapat mengeratkan hubungan semua sekolah di daerah Barat Daya. Ia secara tidak langsung akan mendedahkan pelajar-pelajar tentang budaya dan adat resam kaum lain yang ada di Malaysia.

 


PERSIAPAN SEBELUM PERTANDINGAN RIMUP PERINGKAT DAERAH BARAT DAYA DI SMK TELUK BAHANG:

 

 


 

ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN SEPANJANG PROGRAM RIMUP DI SMK PONDOK UPEH:

 


 

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PESERTA PROGRAM RIMUP:

 


 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3132172
TodayToday77
YesterdayYesterday1209
This WeekThis Week4933
This MonthThis Month28715
All DaysAll Days3132172
54.156.42.165

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.