GOTONG ROTONG PERDANA SMK TELUK BAHANG 2013

AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT

DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH TAHUN 2013

(GOTONG ROTONG PERDANA SMK TELUK BAHANG)

Disediakan oleh : Pn Norallia MD Zain

Setiausaha Program Gotong Royong Perdana SMK Teluk Bahang

PENGENALAN

Khidmat Masyarakat merupakan komponen amali dalam mata pelajaran Pendidikan Siviks dan Kewarganegaraan. Setiap pelajar dikehendaki menjalani projek khidmat masyarakat di luar waktu sekurang-kurangnya 10 jam setahun. Projek ini memerlukan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam khidmat masyarakat samada kerja khidmat komuniti sekolah atau komuniti luar sekolah.

Melalui khidmat masyarakat ini pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari di dalam kelas. Secara tidak langsung mereka akan berasa diri diperlukan dan sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini pelajar dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

SMK Teluk Bahang telah mengadakan aktiviti Program Gotong royong Perdana yang melibatkan semua kelab dan persatuan di sekolah. Semua pelajar dan guru-guru terlibat dalam gotong royong perdana ini. Gotong royong perdana ini telah dilaksanakan pada 1 November 2013 dengan jayanya. Setiap kelab dan persatuan telah ditetapkan kawasan gotong royong bertujuan untuk menceriakan dan mengindahkan kawasan sekolah dan persekitarannya.

OBJEKTIF

1. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.

2. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara.

3. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara.

KESIMPULAN

Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru dan pelajar SMK Teluk Bahang yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Program Gotong royong Perdana ini. Sekolah bersih dan ceria, pelajar sihat dan cemerlang. Thanks to all.

 

 

 

 

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3132183
TodayToday88
YesterdayYesterday1209
This WeekThis Week4944
This MonthThis Month28726
All DaysAll Days3132183
54.156.42.165

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.