PENDAFTARAN TINGKATAN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2014

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Bismillahirrahmanirrahim…

12 Disember 2013 – Tarikh yang cukup istimewa ini merupakan tarikh pendaftaran tingkatan satu sesi 2014 SMK Teluk Bahang. Seawal jam 8.00 pagi ibu bapa mula hadir bersama anak masing-masing untuk mendaftar masuk ke tingkatan satu. Pelbagai ragam dapat dilihat sepanjang sesi pendaftaran dan ada dalam kalangan mereka yang tekun mengisi borang untuk memasuki asrama dan tidak kurang juga yang ingin memohon pertukaran sekolah.

SMK Teluk Bahang menawarkan dua aliran kelas iaitu KAA (Kelas Aliran Agama) dan KRK (Kelas Aliran Khas). Jumlah pelajar tingkatan satu yang mendaftar pada tahun ini adalah hampir 120 orang dan pihak sekolah amat mengalu-alukan kedatangan pelajar yang ingin bersekolah di sini.

Alhamdulillah majlis pendaftaran berlangsung dengan jayanya dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang terlibat dalam membantu melaksanakan majlis pada hari ini. Semoga usaha kita mendapat keberkatan daripada Allah dalam usaha mendidik dan melahirkan insan pelajar yang cemerlang sahsiah dan akademik.

 

 

“2014 : SEMANGAT DAN AZAM YANG BARU”

 



Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225755
TodayToday318
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5177
This MonthThis Month31774
All DaysAll Days3225755
54.162.241.40

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.