PENGUMUMAN KEPUTUSAN PMR 2013…TAHNIAH!

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Bismillahirrahmanirrahim…

19 Disember 2013 – Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah di atas keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 yang telah diumumkan pada tarikh tersebut. Proses penyerahan keputusan dilaksanakan oleh guru-guru kelas tingkatan 3. Suasana meriah dengan senyum tawa dan tangisan kegembiraan menghiasi hari tersebut. Ibu bapa turut hadir bersama untuk menemani anak-anak mereka mengambil keputusan.

SMK Teluk Bahang telah mencatat Gred Purata Sekolah(GPS) iaitu sebanyak 3.30. Seorang pelajar telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 8A 1C manakala beberapa pelajar lain turut mencatat keputusan cemerlang iaitu 6A, 5A dan 4A. Mereka terdiri daripada :

 

1) Anis Najwa Bt. Rosli (8A  1C) – 3 Brigadier

2) Nadia Bt. Anuar (6A) – 3 Brigadier

3) Sufian (6A) – 3 Kolonel

4) Syafiq B. Johari (5A) – 3 Kolonel

5 ) Mohd Nasri B. Mohd yusaini (5A) – 3 Kolonel

6) Nur Dalila (5A) – 3 Kolonel

7) Nur Ayuni Bt. Mydin (5A) – 3 Kolonel

8) Nor Adillah (5A) – 3 Kolonel

Tahniah kepada semua pelajar PMR 2013. Guru-guru SMK Teluk Bahang tumpang gembira dan berbangga dengan pencapaian kalian. Teruskan usaha menimba ilmu dan sebarkan ilmu kepada seluruh alam. Syabas..

 

 

“A=AGAMA A=AKADEMIK A=AKHLAK”

 

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3260497
TodayToday287
YesterdayYesterday1286
This WeekThis Week1033
This MonthThis Month25562
All DaysAll Days3260497
54.221.73.186

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.