PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN SATU & EMPAT

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Bismillahirrahmanirrahim…

2-3 Januari 2014 – Selama dua hari Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan program orientasi kepada semua pelajar tingkatan satu dan empat. Program ini telah dikendalikan oleh Pn. Hanita dan Cik Yazmira; Guru Bimbingan dan Kaunseling. Antara aktiviti yang dijalankan adalah

latihan nyanyian lagu sekolah dan lagu Kadet Remaja Sekolah, taklimat Kurikulum dan Kokurikulum, taklimat Unit Disiplin, Kesihatan, aktiviti kaunseling, pembentangan berkumpulan, lawatan sekitar sekolah dan sebagainya.

Pelajar-pelajar tingkatan empat pula lebih didedahkan dengan pengenalan subjek-subjek yang akan mereka pelajari serta pembahagian kelas. Aktiviti ini juga telah dilaksanakan bersama barisan ahli Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) 2014 di bawah bimbingan Unit Bimbingan dan Kaunseling seramai 10 orang. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan cikgu amat berbangga dengan pencapaian kerjasama ahli PRS sekolah.

 

“BANTU DIRI AGAR BERUPAYA MEMBANTU RAKAN LAIN”

 

 

 

GALERI GAMBAR KESELURUHAN KLIK DI SINI>>>best!!


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3260498
TodayToday288
YesterdayYesterday1286
This WeekThis Week1034
This MonthThis Month25563
All DaysAll Days3260498
54.221.73.186

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.