KEJOHANAN BOLASEPAK 7 SEBELAH SEMPENA SAMBUTAN HARI PERPADUAN NEGERI PULAU PINANG 2014

LAPORAN DARI: USTAZ MOHD RUSDI BIN MANSOR (JURULATIH & PENGURUS PASUKAN)

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Bola Sepak SMK Teluk Bahang telah menyertai Kejohanan Bolasepak 7 Sebelah yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

Kejohanan ini telah diadakan pada 8 & 9 Februari 2014, bertempat di Padang USM. Pasukan Bolasepak SMK Teluk Bahang telah menghantar 2 pasukan untuk kategori umur bawah 15 tahun dan 18 tahun.

 Dalam kejohanan tersebut pasukan bolasepak bawah 15 tahun telah berjaya mendapat tempat ke 3 daripada 48 pasukan yang telah menyertai kejohanan tersebut. Bagi kategori bawah 15 tahun telah dimenangi oleh pasukan dari SMK Kuala Nerang, Kedah.

Manakala dalam kategori bawah 18 tahun pula, pasukan sekolah berjaya mendapat tempat ke 7 setelah tewas kepada Penang Free School (PFS) di peringkat suku akhir. Dalam kategori bawah 18 tahun telah dimenangi oleh PFS setelah menewaskan SMK Abdullah Munsyi dalam perlawanan akhir di Stadium USM.

Pencapaian pasukan bolasepak sekolah dalam kejohanan ini amat membanggakan kerana telah berjaya berada dalam kelompok 8 pasukan terbaik di peringkat negeri Pulau Pinang. Tahniah diucapkan kepada para pemain kerana telah berjaya mengharumkan nama SMK Teluk Bahang. We Are No 1.

 

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3226988
TodayToday313
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week6410
This MonthThis Month33007
All DaysAll Days3226988
54.198.2.110

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.