AKTIVITI BIMBINGAN & KAUNSELING (MODUL PENGURUSAN MASA DAN KEPIMPINAN)

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Bismillahirrahmanirrahim…

 

15 Februari 2014 – Aktiviti bermula seawal jam 8 pagi dan dimulakan dengan majlis bacaan Yasin diketuai oleh saudara Muhammad Aiman daripada tingkatan 5 Mejar. Para pelajar yang terlibat adalah daripada tingkatan 2,3,4 dan 5. Aktiviti kedua adalah permainan tali yang menguji kepantasan mereka di dalam kumpulan dan kemudiannya mereka dibahagikan kepada dua tempat. Tingkatan 2 dan 4 di bilik persidangan manakala tingkatan 3 dan 5 di surau sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah soal selidik pengurusan masa, tazkirah kepentingan masa oleh Ustaz Tajuddin dan perkongsian cerita oleh PK HEM Ustaz Mohd Siroj. Pertandingan reka cipta pakaian paling kreatif juga diadakan untuk menguji tahap kreativiti para pelajar di samping mengeratkan silaturrahim antara pelajar tingkatan 3 dan 5.

Modul seperti sahabat selamanya dan neraca kendiri turut dilaksanakan untuk membantu para pelajar menilai diri mereka dalam memilih sahabat yang baik serta melihat kekuatan yang ada pada diri sendiri. Semoga aktiviti yang dilaksanakan dapat memberi kefahaman dan menerapkan nilai-nilai murni terhadap semua pelajar yang terlibat. Selamat Maju Jaya..

 

“MASA ITU EMAS”

 

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225764
TodayToday327
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5186
This MonthThis Month31783
All DaysAll Days3225764
54.162.241.40

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.