CERAMAH PERKEMBANGAN REMAJA & KESAN PERGAULAN BEBAS 2014

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 Bismillahirrahmanirrahim…

25 Februari 2014 – Sempena Program Nafas Segar iaitu Pendidikan Pencegahan Dadah/Rokok /Inhalan/AIDS/Keruntuhan Akhlak dan Jenayah, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjemput salah seorang pegawai perubatan daripada LPPKN Negeri Pulau Pinang iaitu Dr. Azura untuk menyampaikan ceramah berkaitan perkembangan remaja dan kesan pergaulan bebas.

Ceramah ini melibatkan para pelajar daripada tingkatan satu dan dua dan berlangsung hampir 2 jam. Antara pengisian dalam penyampaian tersebut, Dr. Azura ada menyentuh tentang sikap remaja masa kini dan bagaimana mereka perlu mengawal diri daripada terjebak dengan perkara negatif seperti melepak, merokok, merempit dan pergaulan bebas. Isu penyalahgunaan dadah serta kesan-kesannya turut disampaikan dalam ceramah tersebut dan para pelajar turut didedahkan dengan gambar-gambar kesan merokok, merempit dan penyalahgunaan dadah. Ceramah seperti ini diharapkan dapat memberi pengetahuan kepada para remaja untuk mengelakkan diri daripda terlibat dengan unsur-unsur yang mendatangkan kemudaratan kepada hidup mereka. Terima kasih kepada pihak LPPKN Negeri Pulau Pinang atas kesudian hadir untuk menyampaikan ceramah di sekolah kami. Semoga usaha ini membuka minda para pelajar untuk hidup dalam keadaan bersih fizikal, mental dan rohani.

 

“REMAJA PROAKTIF MASA DEPAN TERJAMIN

 

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3131413
TodayToday527
YesterdayYesterday1383
This WeekThis Week4174
This MonthThis Month27956
All DaysAll Days3131413
54.158.248.167

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.