PELANCARAN PROGRAM NAFAS SEGAR 2014

 LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

PELANCARAN PROGRAM NAFAS SEGAR 2014

(PENDIDIKAN PENCEGAHAN ROKOK/DADAH/INHALAN/HIV/AIDS/KERUNTUHAN AKHLAK DAN JENAYAH)

ANJURAN : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

Bismillahirrahmanirrahim…

26 Februari 2014 – Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis iaitu Nur Atikah; 2 Brigadier dan Nur Anisah; 1 Brigadier manakala bacaan ikrar pelajar anti dadah telah diketuai oleh Mohd Danial Asyraf B. Abdul Razak; 5 Mejar.

Bacaan doa pula diketuai oleh Mohd Alif B. Abdullah; 5 Mejar dan alunan ayat-ayat suci Al-Quran pula dibacakan oleh Saudara Mohd Aiman Maula B. Sabri; 5 Mejar. Dalam majlis ini diselitkan dengan bacaan 5 minit info nafas segar berkaitan dadah dan AIDS yang telah disampaikan dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Tamil dan Cina. Pelajar yang terlibat adalah Nur Aina dan Mas masing-masing daripada tingkatan 2 dan 5. Seterusnya ucapan penyelaras program oleh Cik Noor Yazmira Bt. Ismail, Ucapan PK HEM Ustaz Mohd Siroj B. Abdul Lathiff dan ucapan Tuan Pengetua En. Abdul Nasir B. Hj. Salleh. Pelancaran gimik perasmian telah dilakukan oleh tuan pengetua dan barisan penolong kanan dengan memakaikan tali pinggang merah, biru dan kuning kepada tiga orang pelajar yang akan mempersembahkan taekwando dengan memusnahkan replika rokok dan pil-pil khayal sebagai simbolik menentang unsur-unsur negatif penyalahgunaan dadah. Penyerahan batch kepada barisan Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) juga telah disampaikan oleh tuan pengetua sebagai simbolik kepada mereka untuk memulakan tugas membimbing diri dan rakan-rakan lain ke arah kebaikan.

 

Sedikit info berkaitan pelancaran Program Nafas Segar:

 

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk :

 

-Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang gejala negatif keruntuhan akhlak.

 

-Melatih pelajar tentang amalan kawalan diri yang positif daripada terjebak dengan aktiviti  

 

jenayah.

 

-Menanam sikap benci kepada dadah dan aktiviti yang tidak sihat dan

 

-Melahirkan pelajar yang mengamalkan gaya hidup sihat.

 

Bertemakan “AKHLAK MULIA ,SEKOLAH SELAMAT” beberapa aktiviti telah dirancang sepanjang program ini berlangsung. Antaranya adalah pameran agensi-agensi seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, bahagian siasatan jenayah narkotik, Unit Polis Trafik Barat Daya, pejabat LPPKN dan pejabat kesihatan, ceramah, slot 5 minit antidadah pada setiap perhimpunan pagi, pertandingan mewarna,melukis poster, mencipta sajak dan pertandingan ruangan info kaunseling/rokok/dadah/AIDS/keruntuhan akhlak&jenayah di dalam kelas bagi setiap tingkatan.

 

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan majlis pelancaran tersebut terutama para pelajar Pembimbing Rakan Sebaya yang bertungkus lumus menyiapkan segala keperluan pelancaran tersebut.

 

“THINK HEALTH; NOT DRUGS

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3227398
TodayToday723
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week6820
This MonthThis Month33417
All DaysAll Days3227398
54.224.102.26

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.