PAMERAN AGENSI-AGENSI LUAR SEMPENA PROGRAM NAFAS SEGAR 2014

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

Bismillahirrahmanirrahim…

27 Februari 2014 – Sebagai satu usaha untuk mendedahkan pengetahuan tentang bahaya penyalahgunaan rokok dan dadah satu pameran telah dirancang dan dilaksanakan pada hari tersebut. Pameran ini telah melibatkan sebanyak 4 agensi kerajaan iaitu Pejabat Kesihatan Daerah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Narkotik Pulau Pinang dan Unit Polis Trafik.

Agensi-agensi ini telah menyediakan pelbagai bahan edaran dan tayangan untuk mendedahkan pelajar tentang kesan negatif aktiviti yang tidak sihat ini. Pihak AADK telah mempertontonkan tayangan kisah remaja yang terlibat dengan gejala dadah dan para pelajar begitu teruja melihat cerita tersebut manakala Jabatan Narkotik pula membawa contoh-contoh dadah dan pil-pil khayal. Pegawai yang hadir turut berkongsi ilmu berkaitan penyalahgunaan dadah serta kes-kes jenayah melibatkan remaja sekolah. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang sebagai salah satu usaha untuk memcegah remaja terutamanya para pelajar agar menjauhkan diri daripada terjebak dengan gejala dadah dan AIDS. Sekalung penghargaan untuk semua agensi yang sudi hadir dan semoga segala usaha ini emndapat keberkatan daripadaNya.

 

“NEGARA BEBAS DADAH 2015

 

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225654
TodayToday217
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5076
This MonthThis Month31673
All DaysAll Days3225654
54.144.57.183

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.