PROGRAM LATIHAN KEPEMIMPINAN DAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH BERASRAMA NEGERI PULAU PINANG~PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2014

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Bismillahirrahmanirrahim…

 

14-16 Mac 2014 – Selama 3 hari 2 malam program ini telah dijalankan di SMKA Nibong Tebal, Pulau Pinang melibatkan hampir 357 pelajar berasrama seluruh pulau pinang. SMK Teluk Bahang telah menghantar 8 pelajar iaitu 4 lelaki dan 4 perempuan untuk turut serta dalam program tersebut.

Program ini melatih pelajar asrama khusunya untuk membina keyakinan diri sebagai pemimpin di asrama serta bijak menyampaikan ilmu berguna kepada setiap rakan di asrama dalam aktiviti usrah atau kumpulan-kumpulan kecil. Antara pengisiannya adalah ilmu berkaitan bagaimana untuk mendidik diri menjadi remaja yang soleh serta menjadi pemimpin yang bijak. Aktiviti lasak turut diadakan untuk menguji tahap kesabaran dan kerjasama dalam kalangan pelajar. Mereka turut diajar bagaimana membawa kumpulan ‘study group’ yang kreatif, menarik dan berkesan. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang terlibat. Semoga kalian menjadi pelajar yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat.

 

“AD-DAIE ILALLAH