Pertandingan Forum Remaja Ko-Akademik Peringkat Kelompok M4 Daerah Barat Daya 2014

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

Bismillahirrahmanirrahim…

2 April 2014 – Satu pertandingan forum remaja telah diadakan di SMK Batu Maung melibatkan 11 buah sekolah dan SMK Teluk Bahang turut menghantar peserta seramai 4 orang daripada tingkatan 5 Brigadier dengan membawa tajuk “Remaja dan Cabarannya”. Mereka adalah Nur Syazwani Rosli, Siti Nur Alia Natasya, Nurul Syazwani Bt. Zulkifli dan Chut Nyak Nabil B. Chut Nyak Zaziman. Walaubagaimanapun SMKTBG tidak ada rezeki untuk merangkul gelaran juara pada tahun ini. Namun diharapkan sepanjang latihan sesi forum remaja mereka dapat menambah ilmu pengetahuan tentang pelbagai isu remaja dan meningkatkan keyakinan dalam diri untuk lebih berani bercakap di hadapan orang ramai. SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN!

“REMAJA ASET PEMBANGUNAN NEGARA