Hari Kemuncak Kokurikulum 2014

Sabtu
Tarikh:24 Mei 2014

Hari Kemuncak Kokurikulum 2014 merupakan acara kemuncak tahunan untuk unit kokurikulum SMK Teluk Bahang. Acara ini melibatkan semua pelajar dan guru dalam semua badan kelab dan persatuan sekolah. Aktiviti kokurikulum sangat penting kerana menjadi pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah seterusnya memupuk semangat dan nilai-nilai murni seperti kerjasama, berdikari dan ketrampilan diri yang positif kepada semua pelajar.

Hari Kemuncak Kokurikulum diadakan bersesuaian dengan matlamat yang ingin dicapai oleh sekolah melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai semangat jati diri yang kuat. pemupukan semangat ini akan dapat dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti perniagaan gerai-gerai jualan,mini pawagam,syarikat agensi perbankan, pertandingan permainan seperti futsal, ping pong, sukaneka dan lain-lain lagi.

 

Objektif:

1. Mewujudkan keseimbangan mental (akademik) dengan perkembangan diri dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

2. Memberikan peluang sama rata kepada semua pelajar untuk mengambil bahagian dalam menunjukkan potensi diri.

3. Meningkatkan mutu disiplin pelajar dengan menyemai nilai dan sikap positif.

4. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan ibubapa dan masyarakat dengan menyaksikan aktiviti/pencapaian anak-anak pada hari kemuncak kokurikulum

Tahniah kepada semua yang terlibat.

 

 

GALERI GAMBAR KESELURUHAN KLIK DI SINI>>>best!!


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3260499
TodayToday289
YesterdayYesterday1286
This WeekThis Week1035
This MonthThis Month25564
All DaysAll Days3260499
54.221.73.186

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.