Kejohanan Sukan Tahunan IQRA Kali ke-13 2014

Kejohanan Sukan Tahunan IQRA Kali ke-13 telah jayanya diadakan pada Sabtu 21 Jun 2014 di SMK Teluk Bahang, Pulau Pinang. Majlis dihadiri Tuan Pengetua SMK Teluk Bahang, En. Abdul Nasir bin Hj. Salleh dengan memberikan ucapan pembukaan dan seterusnya YDP PIBG, En. Abd. Majeed Bin Mohd Sheriff memberikan ucapan dan merasmikan sukan tahunan kali ini. En. Azman bin Mat Salleh, AJK PIBG juga turut hadir dalam Kejohanan sukan tahunan ini.

Kejohanan Sukan Tahunan IQRA kali Ke-13 dapat dilaksanakan dengan berjaya sepertimana yang telah dirancang bertemakan "Sains dan Teknologi".

Selain menjadi medium dalam memperoleh kesihatan dan kecergasan fizikal yang baik, sukan juga adalah wadah untuk memupuk perpaduan seterusnya mampu mencapai matlamat kecemerlangan dalam kalangan pelajar selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran malaysia (KPM) iaitu 1 Murid 1 Sukan dalam hasrat untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Antara objektif kejohanan sukan ialah untuk mencungkil bakat para pelajar yang berpotensi untuk meraih kejayaan dalam bidang kokurikulum bukan sekadar memperoleh keputusan cemerlang dalam bidang akademik semata-mata. Keseimbangan antara kedua-dua bidang ini amat penting dalam melahirkan pelajar yang mempunyai kecergasan mental dan kecergasan fizikal.

Berikut adalah keputusan pungutan mata, pingat serta anugerah sepanjang Kejohanan Sukan Tahunan IQRA Kali Ke-13 :

 

KEDUDUKAN

RUMAH

JUMLAH MAKKAH

PUNGUTAN PINGAT

JOHAN

NILAM

767 Markah

21 Emas, 24 Perak, 17 Gangsa

NAIB JOHAN

ZAMRUD

623 Markah

11 Emas, 11 Perak, 9 Gangsa

KETIGA

DELIMA

620 Markah

13 Emas, 6 Perak, 8 Gangsa

KEEMPAT

MUTIARA

562 Markah

12 Emas, 13 Perak, 9 Gangsa

 

RUMAH SUKAN

MERENTAS DESA

SUKANTARA

HARI SUKAN

MUTIARA

243

94

225

DELIMA

329

101

190

NILAM

256

106

405

ZAMRUD

346

74

203

OLAHRAGAWAN : Mohd Fikri Aiman ( 3 Mejar ) ( NILAM )

4 EMAS, 1 PERAK

EMAS : 100M, LOMPAT TINGGI, LOMPAT JAUH, 4 X 100M

PERAK : 4 X 400M

OLAHRAGAWATI : SITI NOR LATIFAH BINTI MOHD FAUZI ( 5 Kolonel ) ( DELIMA )

4 EMAS, 1 PERAK

EMAS : 1500M, 800M, 4 X 100M, 4 X 400 M

PERAK : LOMPAT TINGGI

ANUGERAH KHAS :

MASKOT TERBAIK : NILAM ( TRANSFORMERS )

PERBARISAN TERBAIK : NILAM

KHEMAH TERBAIK : 1.NILAM 2.ZAMRUD 3.MUTIARA 4.DELIMA

       

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada jawatankuasa Kejohanan Sukan Tahunan IQRA Kali Ke-13 ini yang telah menggembleng tenaga untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih, majulah sukan untuk sekolah.

 

GALERI GAMBAR KESELURUHAN KLIK DI SINI>>>best!!