Hari Koperasi Sekolah 2014

LAPORAN DARI: PN. LAI MEI LING

 

Pada Rabu 25 Jun Satu perhimpunan khas telah diadakan sempena sambutan HKS 2014. Majlis dimulakan dengan bacaan doa untuk meminta restu supaya HKS 2014 dapat berjalan dengan lancar. Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Pengetua dan diikuti majlis perasmian oleh En. Abdul Nasir Bin Hj Salleh, Pengetua SMK Teluk Bahang dengan diiringan barisan pihak pentadbir dan disaksikan oleh seluruh warga IQRA. Pengawas Koperasi turut membacakan perutusan.

 

Perhimpunan Rasmi:

 

Aktiviti Tambahan:

Majlis dimeriahkan dengan penyampaian hadiah kepada Koperator Tahunan Terbaik Putera dan Puteri 2014 serta perlantikan pengawas koperasi sesi 2014. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua. Koperasi turut menyampaikan sumbangan RM500.00 kepada Kelab Kebudayaan pada sambutan tahun ini.

Majlis Penyampaian Hadiah & Cenderahati:

Tuan Pengetua, En. Abdul Nasir Bin Hj Salleh menyampaikan cenderamata kepada guru-guru yang turut membantu dalam menjayakan sambutan HKS 2014 sebagai tanda penghargaan. Cikgu Lai mewakili pihak Koperasi menyampaikan cenderamata kepada Tuan Pengetua sebagai tanda penghargaan Koperasi.

Persembahan Koir & Tarian Tunglung:

Tarian Tunglung telah dipersembahkan oleh barisan penari daripada Kelab Kebudayaan sekolah dengan lemah longlai. Majlis mencapai kemucak dengan nyanyian Lagu Hari Koperasi beramai-ramai dengan iringan muzik.

Jualan JUMBO:

Guru Koperasi dan para koperator telah menyertai jualan jumbo yang diadakan bersama-sama dengan Sambutan Hari Koperasi dan Hari Kemuncak Kokurikulum Sekolah.

 

 

 

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3132786
TodayToday691
YesterdayYesterday1209
This WeekThis Week5547
This MonthThis Month29329
All DaysAll Days3132786
54.92.158.65

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.