Pelancaran Program Ramadhan Di hatiku 2014

 

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Tema : “Ramadhan; Hadirmu Dinanti, RahmatMu Dicari

Bismillahirrahmanirrahim…

27 Jun 2014 – Bulan Ramadhan yang mulia kembali lagi menjenguk kita. Inilah musim di mana amal ibadah dilakukan dengan penuh khusyuk dan ikhlas yang akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah Taala. Bulan ini juga Allah Taala membuka seluas luasnya pintu kebaikan kepada hamba-hambaNya kerana Ramadhan ialah bulan limpahan ganjaran pahala yang penuh dengan kebaikan.

 

Nabi Muhammad S.A.W menyatakan kelebihan bulan ini melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud :

 

“Apabila tibanya Ramadhan dibukakan pintu-pintu syurga maka tertutuplah pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu”.  

                                                   Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Justeru itu, satu majlis pelancaran Program Ramadhan Dihatiku telah dilaksanakan dengan jayanya pada 27 Jun yang lalu sebagai tanda bermualanya pelbagai aktiviti sempena Ramadhan. Majlis telah dirasmikan oleh PK HEM Ustaz Mohd Siroj B. Abdul Lathiff.

Antara aktiviti yang diselitkan dalam pelancaran tersebut adalah tazkirah ringkas ala-ala Ustaz Azhar Idrus oleh pelajar 5 Mejar Mohd Alif B. Abdullah dan diikuti dengan persembahan Qasidah daripada pelajar-pelajar asrama. Semoga setiap aktiviti yang dirancang mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah serta dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan kepada seluruh warga sekolah.

Berikut adalah senarai aktiviti sempena Bulan Ramadhan :

Bil.

Aktiviti-Aktiviti sepanjang Ramadhan

Catatan

1.

Perasmian ringkas Program   Ramadhan Dihatiku

1 Ramadhan

2.

Ramadhan fm-5minit info   ramadhan setiap perhimpunan pagi

Pelajar

3.

Minda Segar   Pelajar-Tayangan/Tazkirah Ringkas oleh guru

Waktu rehat

4.

Program Tadarus Al-Quran   (guru&pelajar)

Panitia P.Islam

5.

Pelancaran Tabung Derma   Cahaya Kasih

 

6.

Kutipan Derma Anak Yatim

Setiap Jumaat (pagi)

7.

Minda Segar Guru-Bersama Tn. Pengetua

2.10 petang

8.

Mini Halaqah (Perbincangan   antara guru berkaitan persoalan bulan Ramadhan)

Guru-guru

9.

Kotak Tanyalah Ustaz

 

10.

Aktiviti Tazkirah Whatsapp

 

11.

Pertandingan Buku Skrap   Ramadhan

 

12.

Pertandingan Mereka Kad Raya   Kreatif

 

13.

Pertandingan Teka Silangkata

Panitia P.Islam

14.

Pertandingan   Melukis-Aidilfitri

Panitia P.Seni

15.

Tadarus Al-Quran, Solat   Sunat Terawih & Qiamullail

Asrama

16.

Solat Sunat Dhuha

Waktu Rehat

17.

Ole-ole Ramadhan (Sumbangan   Bahan Kering)

 

18.

Bersamamu Warga Teluk Bahang

Unit B&Kaunseling

19.

Majlis Khatam Al-Quran dan   Ceramah Aidilfitri

 

“RAMADHAN BULAN KERAHMATAN DAN KEAMPUNAN”

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225769
TodayToday332
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5191
This MonthThis Month31788
All DaysAll Days3225769
54.162.241.40

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.