Kebajikan dan Penyayang

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

4 Julai 2014

Satu kutipan derma telah dilancarkan baru-baru ini bagi membantu beberapa pelajar yang telah kehilangan ibu dan mengalami kemalangan. Mereka adalah ibu kepada Abdul Naim 3 Mejar, Mohd Izzudin 5 Brigadier dan Mohd Anas 5 Brigadier yang mengalami kecederaan serius akibat kemalangan. Wang hasil kutipan derma telah disampaikan kepada waris masing-masing di sekolah oleh PK Pentadbiran En. Omar B. Abdul Rashid. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga sekolah yang menyumbang derma dan berdoa agar para pelajar ini tabah menjalani kehidupan seperti biasa.