Kem Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah-Sekolah Negeri P.Pinang 2014

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

Bismillahirrahmanirrahim…

5-7 Ogos 2014 – Bertempat di Pusat Kokurikulum, Bukit Mertajam telah diadakan satu kem nadwah yang bertujuan untuk mendidik dan menyemai sifat-sifat kepemimpinan Islam dalam diri para pelajar asrama melibatkan sekolah berasrama penuh, SABK dan SMK yang terdiri daripada 280 peserta. Kem ini juga melibatkan seramai lebih 40 orang guru sebagai fasilitator. Antara aktiviti yang dijalankan adalah

pecah bendungan, ceramah kepemimpinan, ceramah tokoh Umar Abdul Aziz, Debat Pelajar, LDK, KULTIM, Kembara Qiyadi dan sebagainya. Diharapkan 6 orang pelajar mewakili asrama SMK Teluk Bahang yang dihantar dalam kem tersebut dapat mengaplikasikan setiap ilmu yang telah diperoleh semasa menjalani kem tersebut dengan sebaiknya serta mampu mendidik rakan-rakan lain di asrama tentang kepemimpinan.

AL’AMAL LILLAH”