Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Sempena PT3 & SPM 2014

Tarikh      : 11 Oktober 2014

Tempat      : Majlis Jamek Teluk Bahang

Anjuran     : Unit Bimbingan & Kaunseling

Penglibatan : Semua guru, pelajar dan waris pelajar PT3 & SPM, SMK Teluk Bahang

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin yang telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu. Kehadiran ibu bapa beserta doa dan restu memberi satu semangat kepada para pelajar sebagai tanda sokongan dalam usaha meningkatkan keyakinan untuk berjaya dalam peperiksaan awam. Kehadiran ibubapa pada hari Khamis lalu amat menggalakkan sekaligus membuktikan bahawa mereka benar-benar prihatin terhadap anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan amanat daripada PK HEM Ustaz Siroj bin Mohd Lathiff dan diserikan lagi dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Al-Fadhil Imam Muda Arrazi. Seterusnya Majlis diteruskan dengan bacaan yasin dan solat hajat berjemaah yang diketuai oleh Imam Muda Arrazi. Di akhir majlis bersurai semua hadirin yang hadir dihidangkan dengan minuman air zam-zam. Pelajar-pelajar bersama ibu bapa dan guru-guru bersalaman memohon restu agar dikurniakan keberkatan dalam menuntut ilmu dan majlis bersurai.

Terima kasih atas kerjasama daripada semua pihak. Semoga SMK Teluk Bahang mencapai kejayaan cemerlang dalam PT3 dan SPM.


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3132171
TodayToday76
YesterdayYesterday1209
This WeekThis Week4932
This MonthThis Month28714
All DaysAll Days3132171
54.156.42.165

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.