MAJLIS LANTIKAN BADAN PENGAWAS SEKOLAH SESI 2015

Laporan oleh : Pn Norita bt Naijan

(Penyelaras Majlis penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas 2015)

TARIKH                                : 13 MAC 2015 (JUMAAT)

MASA                                   : 7.45 PAGI

DIRASMIKAN OLEH            : ASP MD SAAD BIN HASAN

 

Walaupun agak lewat namun Majlis Perlantikan Badan Pengawas Sekolah yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Koperasi, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Asrama berjaya diadakan dengan sukses.

 

Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Balai Teluk Bahang, ASP Md Saad bin Hj Hasan itu bertujuan melantik secara rasmi badan pengawas di sekolah. Dalam ucapan perasmian Ketua Balai Teluk Bahang, beliau mengingatkan para pelajar akan kepentingan mematuhi peraturan sekolah yang secara tidak langsung dapat mendisiplinkan diri. Beliau juga menyatakan bahawa tugas pengawas di sekolah tidak ubah seperti tugas polis dalam masyarakat.

 

 

Majlis dimulai dengan bacaan doa, diikuti dengan ucapan aluan oleh ayahanda Pengetua, En Abd Nasir bin Hj Salleh, ucapan perasmian oleh Ketua Balai Teluk Bahang, ASP Md Saad bin Hj Hasan, penyerahan watikah pelantikan kepada semua pengawas sekolah dan diakhiri dengan bacaan ikrar oleh pengawas sekolah.

 

Di pihak unit disiplin, guru-guru sangat berharap semua pengawas dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin demi mencapai aspirasi sekolah iaitu “1 sahsiah 1 akademik menjana kecemerlangan.”

 

  GALERI GAMBAR KESELURUHAN KLIK DI SINI>>>best!!


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3132607
TodayToday512
YesterdayYesterday1209
This WeekThis Week5368
This MonthThis Month29150
All DaysAll Days3132607
54.161.91.76

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.