LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR KOPERASI SMK TELUK BAHANG PULAU PINANG BERHAD KE PUSAT INDUSTRI KECIL (PIK) MENTENG, MEDAN INDONESIA

Disediakan oleh:

Pn Farah Azzahra Ishak

Ketua Urusetia

Lawatan Perkongsian Pintar Pusat Industri Kecil (PIK) Menteng, Medan Indonesia

 

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR KOPERASI SMK TELUK BAHANG PULAU PINANG BERHAD KE PUSAT INDUSTRI KECIL (PIK) MENTENG, MEDAN INDONESIA

Lawatan Perkongsian Pintar Koperasi SMK Teluk Bahang Pulau Pinang Berhad telah mengadakan pada 26 Ogos 2017 sehingga 30 Ogos 2017 ke Medan Indonesia. Delegasi Koperasi terdiri daripada 20 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Lembaga Koperasi (ALK), guru dan staf SMK Teluk Bahang.

 

Objektif utama Perkongsian Pintar Pusat Industri Kecil (PIK) Medan, Indonesia ialah mengetahui cara pengurusan koperasi yang betul. Seterusnya, menukar pendapat serta cadangan untuk memajukan koperasi nanti. Guru koperasi  dapat menimba pengetahuan tentang  cara mengkomersilkan produk seterusnya menambahkan pendapatan koperasi sekolah.

Bapak Rustam merupakan Ketua Kumpulan Pusat Industri Kecil (PIK) Menteng berbesar hati    berkongsi dan memberi penerangan mengenai pengurusan koperasi PIK secara langsung kepada delegasi. Seterusnya, Bapak Rustam selaku Ketua Kumpulan PIK Menteng menandatangani Momerundem Persefahaman di antara En Abdul Said Bin Hussain selaku Pengerusi Koperasi SMK Teluk Bahang Pulau Pinang Berhad.

Majlis diserikan lagi penyampaian sijil penghargaan serta cenderamata oleh En Abdul Said Bin Hussain kepada Bapak Rustam dan pengusaha PIK yang lain. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kenangan Pn Jamilah mantan Naib Pengerusi ALK (I) yang sudah berpindah ke sekolah lain pada awal tahun ini. Seterusnya,  penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK pelaksana yang terdiri daripada Pn Lai Mei Ling selaku Ketua Delegasi, Pn Farah Azzahra selaku Ketua Urusetia  dan Pn Farah Wahida selaku Setiausaha.

Delegasi Koperasi melawati kedai PIK yang lain sambil bertukar pendapat dan pandangan mengenai selok belok perniagaan. Antara kedai PIK yang kami lawati ialah UD. Indra Jaya Koto, UD. Kellan Shoes, Batik Medan Pelopor Jaya, UD. Juli Jaya dan UD. Alfahmi Konveksi. Delegasi Koperasi dapat melihat secara dekat pembuatan kasut, canting batik, pembuatan baju sekolah dan baju koperat dan banyak lain lagi.

Delegasi Koperasi  sangat bersyukur dan terima kasih kepada PIK kerana sudi menerima kehadiran kami. Delegasi Koperasi berharap lawatan perkongsian pintar ini dapat memberi ilham dan idea-idea baru dalam selok-belok perniagaan koperasi seterusnya dapat memajukan koperasi.

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3259333
TodayToday409
YesterdayYesterday1249
This WeekThis Week9923
This MonthThis Month24398
All DaysAll Days3259333
54.221.76.68

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.