Print
Category: Aktiviti
Hits: 5673

HPV atau Human Papilloma Virus adalah penyebab utama kanser servik. Selepas berkahwin, setiap wanita berisiko dijangkiti kanser servik.

                Pada 13 Ogos 2010 jam 9.00 pagi, telah diadakan satu pameran untuk menghebahkan suntikan imunisasi HPV yang mensasarkan kumpulan pelajar perempuan Tingkatan 1 SMK Teluk Bahang. Pameran ini diketuai oleh seorang doktor dan 8 orang jururawat daripada Pasukan Kesihatan Sekolah Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

                Semua pelajar perempuan Tingkatan 1 telah diberikan taklimat maksud HPV dan fasa suntikan.  Semua ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak berumur 13 tahun yang menuntut di Tingkatan 1 hendaklah mengambil perhatian akan fasa suntikan seperti yang berikut:

·         Suntikan pertama            - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/klinik

·         Suntikan kedua                 - 1 bulan selepas suntikan pertama

·         Suntikan ketiga                 - 6 bulan dari suntikan pertama.

                Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan. Penolong Kanan HEM, Ustaz Siroj dan guru kesihatan telah melakukan pemantauan sepanjang pameran berlangsung. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pasukan Kesihatan atas pameran dan info yang sangat berguna ini.

Lain-lain gambar