Pada 20 Januari 2010 sekali lagi Tuan Pengetua, En. Abdul Rashid bin Abdul Samad bertandang ke asrama SMK  Teluk Bahang  untuk bersama-sama dengan pelajar asrama. Kehadiran beliau disambut oleh PK Hem,  Ustaz Siroj bin Abd, Lathiff dan warden-warden.

Majlis bermula jam 9.00 malam dan berakhir 10.30 malam. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu tema iaitu menuju wawasan dan bacaan doa oleh saudara Fadhli Izhar dan disusuli dengan kata-kata aluan PK HEM dan diikuti ucapan Pengetua. Dalam ucapannya beliau menyeru pelajar asrama menjadi pelajar terbaik akhlaknya dan tiada kes-kes disiplin yang menyebabkan boleh terkeluar dari asrama. Beliau sempat beramah Mesra dengan pelajar baru dan lama. Keprihatinan beliau amat dihargai. Pihak warden mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan pengetua kerana sudi menjenguk pelajar walaupun sibuk dengan tugas harian. Sesungguhnya usaha murni ini dapat diteruskan dalam menerajui kecemerlangan asrama khususnya dan sekolah amnya.