Setelah seminggu berlangsung, maka tamatlah Minggu Anti Dadah SMK Teluk Bahang yang telah berlangsung dengan jayanya. Sesi dimulakan dengan ceramah daripada PDRM yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kesan negatif jenayah.

Pada jam 11 pula, upacara penutup Minggu Anti Dadah berlangsung. Majlis dimulakan dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yag diadakan sepanjang minggu ini iaitu menulis esei dalam Bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Bahasa Arab serta pertandingan melukis poster Anti Dadah oleh pengetua, Encik Abdul Rashid bin Abdul Samad.

Selepas itu, pengetua menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan penutupan Minggu Anti Dadah dengan mematahkan replika rokok yang seterusnya dibuang kedalam tong sampah.

Aktiviti dan program sepanjang minggu ini berjalan lancar di mana semua guru dan pelajar memberikan kerjasama yang padu dalam menjayakan program lima hari in. Semoga semua pengisian sepanjang minggu ini akan menjadi wadah memupuk kesedaran dalam kalangan semua pelajar.