Menyedari hakikat bahawa minat serta kecenderungan pelajar kepada pasukan pakaian seragam di sekolah amat ketara sedangkan peluang untuk menyertai amat terhad, wajarlah KRS ditubuhkan bagi tujuan memenuhi minat serta untuk  mengatasi masalah salah laku di kalangan remaja seperti penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana. Oleh itu aktiviti KRS diharapkan dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.