Aktiviti

PROGRAM CARI DAN MUSNAH PROGRAM PENCEGAHAN DENGGI DI SEKOLAH 2014

 LAPORAN DARI: USTAZ SIROJ BIN ABDUL LATHIFF (PK. HEM)

 PROGRAM CARI DAN MUSNAH

PROGRAM PENCEGAHAN DENGGI DI SEKOLAH 2014

SMK TELUK BAHANG

 

Rasional Program: Peningkatan mendadak bilangan kes Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah yang melanda seluruh negara yang telah ditimbulkan dalam Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri KPM Bil.09/2014  pada 2 Julai 2014.

 

Tindakan Susulan:

  1. Jawatankuasa Pencegahan Denggi ditubuhkan di peringkat sekolah yang terdiri daripada warga sekolah.
  2. Pengetua memberikan taklimat berkaitan penyakit Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah (simptom dan bahaya) serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan dalam perhimpuan khas pada 21 Julai 2014.
  3. Sekolah mengadakan Program CARI DAN MUSNAH. Program pembersihan kawasan sekolah sebelum sekolah ditutup sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri dan sebaik sekolah dibuka semula selepas cuti Hari Raya.
  4. Sekolah menggunakan ubat jentik-jentik Abate sekitar kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi menjamin keselamatan dan kesihatan murid.

 

Write comment (0 Comments)

My GPS – 5

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

My GPS – 5

 

(Aktiviti Asrama; Tingkatan 5)

 

Bismillahirrahmanirrahim…

 

Mei 2014- Seramai 18 orang pelajar asrama tingkatan lima telah mempelajari bagaimana pengiraan Gred Purata Saya (My GPS) yang dikendalikan oleh kaunselor asrama. Dalam aktiviti tersebut sedikit taklimat dan ceramah disampaikan sebagai persediaan awal mereka sebelum menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Setiap pelajar ini menerima borang My GPS masing-masing dan mereka pelu mengisi markah dan gred ujian Mac yang lalu dan menetapkan target masing-masing dalam peperiksaan pertengahan tahun.

Read more: My GPS – 5
Write comment (1 Comment)

Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225758
TodayToday321
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5180
This MonthThis Month31777
All DaysAll Days3225758
54.162.241.40

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.