Majlis Penutup Minggu Orientasi Asrama

 Majlis Penutup Minngu Orientasi Pelajar Asrama SMK Teluk Bahang telah diadakan pada 9 Januari 2010. Majlis ini bermula jam 11.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang. Terima kasih diucapkan kepada Tuan pengetua, En. Abdul Rashid Bin Abdul Samad kerana sudi merasmikan majlis ini.  Dalam ucapannya beliau menyeru warga asrama khususnya pelajar tingkatan satu dapat memanfaatkan peluang yang ada untuk tinggal di asramaa dengan sebaik mungkin.beliau ingin melihat pelajar asrama menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik,kokurikulum mahupun sahsiah diri.

Sebelum minggu Orientasi melabuhkan tirai, acara kemuncak iaitu Explorace telah diadakan. Pelajar perlu melepasi 8 chekpoint di sekitar sekolah dan kawasan asrama. Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Tn. Pengetua, En. Abdul Rashid Bin Abdul Samad. Beliau meluangkan masa makan tengah hari bersama pelajar-pelajar asrama tingkatan satu. Turut hadir dalam majlis ini penolong-penolong kanan, warden-warden dan penyelia asrama.

Tahniah dan terima kasih  kepada semua pelajar, warden dan penyelia yang bertungkus lumus memastikan minggu oreintasi ini berjlaan dengan lancar.  

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3132606
TodayToday511
YesterdayYesterday1209
This WeekThis Week5367
This MonthThis Month29149
All DaysAll Days3132606
54.161.91.76

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.