Malam Jalinan Kasih Bersama Pengetua

Pihak asrama telah mengadakan satu majlis iaitu Malam Jalinan Kasih bersama Pengetua pada 12 Mac 2010. Majlis ini dijalankan bertujuan mengukuhkan ukhwah antara ibu bapa dan pentadbir sekolah.

Malam jalinan kasih ini telah berlangsung dengan jayanya dan sambutan daripada para waris amat memberangsangkan.

Ramai ibu bapa yang hadir memeriahkan majlis tersebut seiring dengan hasrat pentadbir sekolah yang ingin bermusywarah bersama para ibu bapa pelajar asrama IQRA.

Pada malam majlis tersebut dilangsungkan, PK HEM telah memberikan ucapan dengan panjang lebarnya serta penuh dengan amanat dan pesanan kepada para waris yang hadir. Beliau juga mamperkenalkan pelajar tingkatan 4 dan 5 dan warden asrama kepada ibubapa yang hadir.

Tn. Pengetua, En. Abdul Rashid bin Abdul Samad menegaskan bahawa pelajar asrama tertakluk kepada peraturan disiplin sekolah dan asrama. Segala kesalahan disiplin dan aduan akan diselidik sebaiknya.


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225762
TodayToday325
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5184
This MonthThis Month31781
All DaysAll Days3225762
54.162.241.40

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.