Marah-Marah Sayang

Bertemakan malam kasih dan sayang, satu program telah dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk menarik perhatian pelajar Tingkatan 1 yang tinggal di asrama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mereka. Dengan kerjasama daripada Cikgu Yazmira, Ustazah Adillah dan Cikgu Farah Azzahra, satu slot dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah. Slot tersebut adalah berdasarkan modul marah-marah sayang yang meniktikberatkan konsep hidup sebumbung di asrama. Aktiviti tersebut diharap dapat memberi satu kefahaman dan kejelasan kepada para pelajar yang baru pertama kali tinggal di asrama di samping menerapkan nilai-nilai murni seperti sikap tolak ansur dan hidup berdikari. Terima kasih kepada pihak warden asrama Cikgu Faizi, Cikgu Bahtiar dan Cikgu Mariyam atas bantuan kalian.  


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225651
TodayToday214
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5073
This MonthThis Month31670
All DaysAll Days3225651
54.144.57.183

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.