MAJLIS SEJUNJUNG KASIH SETABUR BUDI 2012

KHAMIS
TARIKH 27 SEPTEMBER 2012

TEMPAT: DEWAN MAKAN ASRAMA SMK TELUK BAHANG
LAPORAN : EN. MOHD KHAIRULFAIZI BIN ABDUL RASHID



Satu majlis Sejunjung Kasih Setabur Budi telah diadakan di asrama SMK Teluk Bahang.Majlis ini bertujuan untuk meraikan Penyelia Asrama Puan Sopiah Md Yusof yang akan bertukar ke Sekolah Maahad Yahyawiah di Padang Rengas,Perak.

Majlis ini juga diadakan bagi mengenang jasa mantan-mantan warden antaranya En. Bahtia, En. Zaidi, Puan Farah Azzahra dan Puan Norhaniza.


Turut hadir dalam majlis ini tuan pengetua, penolong-penolong kanan, guru-guru serta pelajar-pelajar asrama. Dalam ucapan tuan pengetua, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia selama berkhidmat di asrama ini. Tuan pengetua juga turut menyampaikan cenderamata kepada Puan Sopiah dan mantan-mantan warden sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan.

"Selamat menjalankan tugas di sekolah yang baharu"
"JASAMU TETAP DIKENANG"