SAHSIAH TERPUJI~MOTIVASI PELAJAR ASRAMA 2 2014

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

Bismillahirrahmanirrahim…

 

7 Februari 2014 – Unit Bimbingan & Kaunseling mengambil kesempatan selama 2 jam untuk bersama-sama semua pelajar asrama dengan mengadakan aktiviti modul sahsiah terpuji. Mereka dibahagikan dalam kumpulan dan diminta berbincang dan menghasilkan isi-isi penting tentang beberapa tajuk berkaitan sahsiah terpuji. Contoh aktiviti :

SILA BINCANG DI DALAM KUMPULAN DAN TULIS/SENARAIKAN DI ATAS KERTAS MAHJONG YANG DISEDIAKAN.

 

ISI DAN PERSEMBAHAN DI KERTAS MAHJONG YANG BAIK DAN KREATIF AKAN MENERIMA HADIAH ISTIMEWA.

 

  1. Kenapa kita wajib mentaati ibu bapa/penjaga kita?
  2. Faktor2/punca2 gejala sosial seperti pergaulan bebas dan zina.
  3. Senaraikan nama2 universiti awam dan swasta yang ada di Malaysia.
  4. Senaraikan kerjaya yang anda tahu.
  5. Senaraikan cara2 belajar yang berkesan.
  6. Nyatakan sifat2/sahsiah yang terpuji dan boleh diteladani.
  7. Faktor2/punca2 dan kesan masalah ponteng.
  8. Senaraikan masalah belajar yang sering timbul dalam kalangan pelajar.
  9. Tuliskan cara2 menyediakan nasi goreng ayam special.
  10. Lukis dan labelkan perbezaan pelajar yang berpakaian kemas dan selekeh.
  11. Ciri-ciri muslim cemerlang.
  12. Keistimewaan tinggal di asrama.
  13. Bagaimana membantu rakan yang bermasalah?
  14. Bagaimana menjaga fizikal dan mental agar sentiasa sihat?
  15. Tips menjadi anak yang soleh/solehah.

 

Aktiviti-aktiviti selingan berkaitan kerjasama kumpulan dan kepantasan dalam bertindak turut diselitkan. Semoga modul sahsiah terpuji ini dapat mendidik mereka menjadi pelajar yang hebat akhlaknya dan menjadi muslim cemerlang.

 

“SAHSIAH TERPUJI MUSLIM CEMERLANG