BULATAN GEMBIRA~MOTIVASI PELAJAR ASRAMA 3 2014

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Bismillahirrahmanirrahim…

 

20 Mac 2014 – Unit Bimbingan&Kaunseling telah mengambil peluang pada malam 20 Mac 2014 untuk bersama-sama para pelajar asrama solat berjemaah serta membaca yasin beramai-ramai untuk membersihkan rohani serta mendapat keberkatan daripada Allah. Aktiviti pada malam tersebut juga diselitkan dengan pemantauan aktiviti usrah atau bulatan gembira dalam kalangan pelajar asrama.

4 naqib dan 4 naqibah ditugaskan untuk memimpin kumpulan usrah masing-masing dengan membawa tajuk seperti bercakap benar, remaja berakhlak mulia, menghormati ibu bapa dan sebagainya. Aktiviti tersebut turut diselitkan dengan permainan ringkas menguji minda dan ketangkasan pelajar. Soalan dan perkongsian yang dilakukan dalam kumpulan masing-masing dapat mewujudkan komunikasi dua hala serta mengeratkan silaturrahim sesama mereka tanpa mengira usia. Aktiviti ini sering dijalankan pada setiap minggu sebagai salah satu usaha untk membina keyakinan diri pelajar bercakap di hadapan orang ramai serta menerapkan nilai-nilai murni sebagai manusia dan remaja yang berakhlak mulia.

 

“USRATI JANNATI

 

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3227635
TodayToday960
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week7057
This MonthThis Month33654
All DaysAll Days3227635
54.145.117.60

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.