PERTANDINGAN BOWLING KELAB GURU DAN STAF SMK TELUK BAHANG 2012

PERTANDINGAN BOWLING KELAB GURU DAN STAF

SMK TELUK BAHANG 2012

 

laporan dari  : CIKGU Norlaila Nik Lah (S/U Kelab Guru 2012)

 

 

Pertandingan Bowling Kelab Guru dan Staf telah diadakan di Penang Bowl pada 14 Januari 2012 bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada 12.00 pagi. Semangat kesukanan dapat dilihat pada setiap guru yang menyertai pertandingan ini. Peluang dan ruang untuk bersama dalam permainan bowling memberi kesan yang mendalam dalam membina ukhwah persahabatan antara guru-guru dan staf. Kesungguhan yang ditunjukkan telah menimbulkan rasa ingin mencuba dikalangan guru-guru walau pun ini kali pertama bermain bowling.

Acara bermula pada jam 9.30 pagi namun sejak dari awal sudah kelihatan guru-guru yang sanggup datang awal kerana teruja untuk merasai kemeriahan bermain bowling. Setiap kumpulan cukup bersemangat untuk memastikan kemenangan menjadi milik mereka. Tahniah bagi kumpulan yang memenangi pertandingan pada kali ini. Bagi kumpulan yang tidak bernasib pasti ada kejuaraan untuk anda di lain hari.

 

Sokongan daripada guru-guru dalam menjayakan Pertandingan Bowling diucapkan ribuan terima kasih. Semoga kenangan sehari bersama meninggalkan kesan yang cukup bermakna. Tahniah dan syabas kepada semua guru-guru.

 

Galeri:

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3260489
TodayToday279
YesterdayYesterday1286
This WeekThis Week1025
This MonthThis Month25554
All DaysAll Days3260489
54.221.73.186

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.