LAWATAN PENANDA ARAS KE NEGERI KELANTAN 2012

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Tarikh : 14-16 September 2012

Tempat : Negeri Kelantan

Anjuran : Kelab Guru SMK Teluk Bahang

Penglibatan : 70 Orang (guru,staff sokongan,ahli keluarga)

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala; segala perancangan telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Selama 3 hari 2 malam guru-guru, staff sokongan serta ahli keluarga meluangkan masa menghadiri lawatan penanda aras di Negeri Kelantan disamping bercuti bersama keluarga tersayang. Program ini melibatkan sebuah bas dan konvoi kereta; dan mula bertolak pada jam 10.15 malam pada 14.9.2012.

Antara tempat-tempat yang dilawati adalah Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Muzium Diraja (Istana Batu), Muzium Adat Istiadat Raja, Kampung Kraftangan, Nasi Ulam Cikgu, Pasar Siti Khadijah, Pantai Cahaya Bulan Resort, Wakaf Che Yeh, Maahad Darul Anuar, Madrasah Diniah Bakriah, Masjid Beijing, Rantau Panjang dan Bukit Bunga.

Fokus penanda aras dalam lawatan ini adalah Madrasah Diniah Bakriah. Di sana kami diberi taklimat ringkas oleh Ustaz Shairazi tentang sejarah asal usul penubuhan madrasah tersebut serta pengajian yang ditawarkan di sana seperti pengajian Tauhid, Feqah, Hadis dan sebagainya. Madrasah ini juga lebih dikenali sebagai Pondok Pasir Tumboh dan menerima pelajar daripada dalam dan luar negeri seperti Thailand dan Singapura. Kami juga berkesempatan melawat sekitar kawasan pondok dan rumah pameran yang menempatkan barangan lama serta kisah-kisah sejarah pusat pengajian tersebut.

Harapan menggunung tinggi agar program ini dapat memberi suatu pengalaman baru terutama berkaitan keadaan sesebuah institusi pengajian yang kelengkapannya serba sederhana namun masih mampu melahirkan ilmuwan terhebat khususnya dalam bidang keagamaan. Semoga ianya memberi inspirasi agar kita terus berusaha mendidik anak-anak murid menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dan mencintai ilmu. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru, staff sokongan serta ahli keluarga yang terlibat sepanjang menyertai lawatan ini. InsyaAllah semoga ukhwah kita dipelihara dan mendapat keberkatan daripada Allah Taala.

~UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA~