Pada 27 Mac lalu, suatu Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) untuk guru-guru SMK Teluk Bahang telah diadakan. LDP kali ini diadakan di Bilik Media Pusat Sumber SMKTbg yang telah berwajah baru. Ceramah yang bertajuk Pengurusan Kelas telah disampaikan oleh Encik Ismail B Ibramsa, bekas pengetua Penang Free School.

Encik Ismail memulakan ceramah atau lebih tepat perkongsian ilmu dengan menyatakan kemujurannya memakai sarung kaki yang elok. Hal ini kerana peraturan di bilik media memestikan kita membuka kasut. Sekiranya sarung kaki yang dipakai beliau koyak, sudah tentu hal ini memberi "first impression" yang kurang baik kepada audiens. Begitu juga dengan guru-guru, "first impression" dan imej adalah antara perkara penting dalam kawalan kelas.

Selain itu, beliau turut menekankan pentingnya memberi penghargaan kepada pelajar dan cara menghukum yang tepat kepada pelajar. Semoga apa yang disampaikan dapat menjadi panduan kepada guru-guru semua.