Semalam, buat julung kalinya telah diadakan solat Zohor perdana di ruang letak kereta sekolah. Selepas solat Zohor, seluruh warga IQRA mengadakan solat hajat memohon kecemerlangan dan kebaikan hidup di dunia dan di akhirat. Semoga usaha murni ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Kepada semua pelajar, semua guru mengucapkan semoga berjaya dalam peperiksaan yang akan datang.