Mesyuarat Agung PIBG kali ke -6 2012

Alhamdulillah pada 23 Mac 2012 yang lalu, SMKTBG telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-6 dan Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang PMR dan SPM Sesi 2011 bermula pada jam 3.00 petang hingga 5.30 petang. Majlis yang berjalan lancar dihadiri oleh ibu bapa, para pelajar dan guru-guru.

Majlis bermula dengan ucapan aluan YDP PIBG, En. Abdul Majeed Bin Mohd Shariff dengan memberi ucapan penghargaan kepada jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 diatas komitmen dan kerjasama dalam usaha menyumbang idea yang ternyata telah memberikan impak serta menjana kejayaan untuk setiap program akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar dalam mengharumkan nama SMK Teluk Bahang di Pulau Pinang.

Majlis diteruskan dengan ucapan Pengetua SMK Teluk Bahang, En. Abdul Nasir Bin Salleh dengan memberikan penghargaan kepada ibu bapa, ahli jawatankuasa PIBG dan guru-guru yang memberikan sokongan yang padu dalam menjayakan keputusan akademik yang terbaik pada tahun ini.Sesi taklimat ringkas mengenai pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) PMR dan SPM 2011 disampaikan oleh tuan pengetua dan beliau menyatakan setinggi harapan agar sokongan padu serta kerjasama daripada pihak jawatankuasa akan dapat memperkasakan SMK Teluk Bahang seterusnya menjadikan SMK Teluk Bahang sebagai sebuah gedung ilmu yang disegani.

Mesyuarat PIBG telah dirasmikan oleh Pegawai Khas wakil kepada YB Adun Teluk Bahang, Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Yahya, En. Ismail Kasim dengan memberi kata perangsang kepada ibu bapa supaya memberi kerjasama sepenuhnya dalam memberikan perhatian kepada anak-anak dalam menjayakan dan merealisasikan pelajar-pelajar ke arah kejayaan yang cemerlang dalam memartabatkan dan mengharumkan nama sekolah dalam pencapaian akademik dan sahsiah pelajar.

Sesi penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang PMR dan SPM telah disampaikan oleh En.Ismail Bin Kasim dan sesi mesyuarat PIBG telah berlangsung dengan jayanya dengan suasana yang harmoni di antara ibu bapa dan guru-guru.

Sekalung penghargaan kepada semua En. Ismail Bin Kasim, Tuan Pengetua,YDP PIBG serta barisan AJK, guru-guru dan para pelajar yang menjayakan majlis ini. Semoga Allah S.W.T membalas segala usaha murni ini..amin.

TENTATIF MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEENAM

2.30 : Pendaftaran

3.00 : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

3.10 : Bacaan Doa

3.20 : Ucapan YDP PIBG Sesi 2011/2012

3.35 : Ucapan Pengetua SMK Teluk Bahang

3.50 : Ucapan Perasmian Oleh (Pegawai Khas wakil YB Adun Teluk Bahang)

4.15 : Penyampaian Cenderahati Kepada

4.20-5.30 : Pembentangan Minit Mesyuarat Agung PIBG 2011/2012

: Pembentangan Penyata Kewangan Pada Mac 2011 sehingga Mac 2012

: Pembubaran AJK Sesi 2011/2012

: Pelantikan AJK Sesi 2012/2013

: Pembentangan Dan Pembahasan Usul-Usul

: Penangguhan Mesyuarat

: Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang PMR/SPM 2011

: Cabutan Bertuah

: Majlis Bersurai


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3227410
TodayToday735
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week6832
This MonthThis Month33429
All DaysAll Days3227410
54.224.102.26

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.