Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-8 Sesi 2014/2015

 Pada hari Jumaat 21 Februari 2014 yang lalu, SMK Teluk Bahang telah mengadakan Mesyuarat Agung  Tahunan PIBG kali ke-8 2014 yang bermula pada 3.00 petang dan bertempat di Bilik Persidangan SMK Teluk Bahang. Sejumlah lebih 70 orang ibu bapa dan guru-guru telah hadir ke mesyuarat ini.

Turut hadir Pegawai Penolong Pendidikan Barat Daya Bahagian Pengurusan Sekolah Menengah En. Ibrahim Bin Kasa.

Agenda mesyuarat dimulakan dengan ucapan dan laporan daripada Pengetua SMK Teluk Bahang, En. Abdul Nasir Bin Hj. Salleh diikuti dengan ucapan daripada YDP PIBG 2013/2014, En. Abd. Majeed Bin Mohd Sheriff. Majlis seterusnya ucapan perasmian Mesyuarat Agung PIBG oleh Adun Teluk Bahang Datuk Shah Headan Bin Ayoob Hussain Shah.

Seterusnya minit mesyuarat agung yang lalu telah disahkan. Kemudian, setiausaha PIBG membentangkan laporan tahunan PIBG dan telah diterima oleh ahli mesyuarat. Penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2013 dibentangkan oleh bendahari PIBG dan disahkan.

Setelah pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2013/2014 dijalankan, En. Abd. Majeed Bin Mohd Sheriff telah dilantik sebagai pengerusi sementara. Pengerusi sementara kemudiannya mengendalikan perlantikan AJK PIBG dan juruaudit baru bagi sesi 2014/2015 dari kalanganibubapa. Setelah AJK baru dilantik, tibalah sesi perbahasan usul-usul mesyuarat.

En. Abd. Majeed Bin Mohd Sheriff.  selaku YDP PIBG 2014/2015 memberi ucapan penutup dan penangguhan mesyuarat pada jam 5.20 petang. Ahli mesyuarat di jemput menikmati  jamuan ringan yang disediakan oleh pihak sekolah.

Terima kasih kepada semua hadirin yang hadir ke mesyuarat Agung kali ini. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa majlis yang telah bertungkus-lumus menjayakan mesyuarat AGUNG PIBG pada tahun ini.

Syabas danTahniah diucapkan.


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3132172
TodayToday77
YesterdayYesterday1209
This WeekThis Week4933
This MonthThis Month28715
All DaysAll Days3132172
54.156.42.165

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.