Kem Cakna PT3 2014

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

5 hingga 7 September 2014

Anjuran : Unit Bimbingan&Kaunseling

 

Bismillahirrahmanirrahim…

 Kem Cakna PT3 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya selama 3 hari 2 malam bertempat di Asrama SMK Teluk Bahang melibatkan kehadiran seramai 94 orang pelajar tingkatan 3 bagi tahun 2014. Kem tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Shah Headan B. Ayoob Hussain Shah diiringi PK HEM Ustaz Mohd Siroj B. Abdul Lathiff bersama guru-guru SMK Teluk Bahang. Antara objektif kem ini dilaksanakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan PT3 di samping meningkatkan keyakinan dan motivasi dalam diri untuk cemerlang dalam peperiksaan. Antara aktiviti dan slot yang dijalankan adalah reset minda pelajar, team building, latih tubi subjek-subjek PT3, motivasi kecemerlangan diri dan pertandingan futsal.

 

Para peserta kem diberi peluang untuk membuat latih tubi secara berkumpulan dan diselitkan dengan jemputan motivasi daripada Konsultan Cahaya Mahabbah. Kem ini juga telah mendapat kerjasama daripada semua guru-guru dan setiap panitia bagi subjek PT3. Penyelaras program mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua En. Abdul Nasir B. Hj. Salleh kerana banyak memberi sumbangan idea dan sokongan moral dalam menjayakan kem ini, dan tidak lupa kepada semua guru SMKTBG dan para pelajar tingkatan 3 serta para fasilitator tingkatan 4 pelajar asrama yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang kem ini berlangsung. Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan mencapai kecemerlangan dalam akademik PT3.

 

 

KECEMERLANGAN MINDA PENJANA KECEMERLANGAN DIRI”

 

 

 GALERI GAMBAR KESELURUHAN KLIK DI SINI>>>best!!