Majlis Anugerah Kecemerlangan IQRA SMK Teluk Bahang 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan IQRA SMK Teluk Bahang diadakan pada 27 September 2014. Majlis ini adalah untuk meraikan pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Majlis Anugerah Kecemerlangan IQRA ini diadakan setiap tahun bagi menghargai pencapaian pelajar-pelajar yang cemerlang.

Majlis diserikan dengan kehadiran ibu bapa, barisan pentadbir dan tetamu kehormat dan ucapan dari Tuan Pengetua En. Abdul Nasir bin Hj. Salleh, ucapan YDP PIBG En. Abd. Majeed bin Mohd Sheriff dan perasmian oleh YB. Datuk Shah Headan bin Ayoob Hussain Shah (Adun Teluk Bahang).

 

Persembahan barisan oleh tetamu kehormat dan persembahan kawad kaki oleh pasukan KRS sekolah dan persembahan dari pelajar-pelajar turut diadakan bagi menyerikan majlis ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang. Semoga kejayaan ini dapat dicontohi oleh pelajar-pelajar lain untuk turut sama mencapai kecemerlangan dalam Kurikulum dan Kokurikulum pada masa akan datang.

 

GALERI GAMBAR KESELURUHAN KLIK DI SINI>>>best!!