Kem Pemantapan Sahsiah 2014

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

31 Oktober hingga 2 November 2014

Anjuran : Unit Bimbingan&Kaunseling

Ayat tema : Al An’am; 162-163

 Bismillahirrahmanirrahim…

 Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana Kem Pemantapan Sahsiah 2014 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Selama 3 hari 2 malam seramai 110 pelajar hadir dalam kem tersebut yang diadakan di Asrama SMK Teluk Bahang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 4 melibatkan pelajar asrama, pengawas sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya.

 Para peserta kem terlibat dengan beberapa aktivti seperti Team Building, Mari Berselawat, Isi Minda, Rehlah Berfokus, Bedah Kembara dan sebagainya. Dalam aktivti Team Building para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta menghasilkan logo dan tagline kumpulan serta menghasilkan satu ciptaan 3D menggunakan plastesin. Para peserta juga diberi barang amanah iaitu telur puyuh dan cawan berisi kapas dan kacang hijau. Pada malam hari semua peserta bergerak ke SK Teluk Bahang untuk sama-sama terlibat dalam Program Mari Berselawat bersama Kumpulan Qasidah Al Madad. Slot-slot isi minda pula disikan dengan ceramah daripada pelbagai konsultan. Antaranya :

 

1. Ustaz Izab Hambali – Tajuk : Menghormati Ibu bapa dan Guru

2. Ustaz Suhaimi – Tajuk : Gejala Sosial

3. Ustazah Maudah Bt. Ali – Tajuk : Muhasabah Cinta

4. Ustaz Rosmanizam Rosdi – Tajuk : Potensi Diri dan Pelan Tindakan

 

Dalam semua slot ceramah ini, para peserta ditekankan tentang aspek sahsiah dan kepentingan menjadi anak yang soleh. Ramai dalam kalangan peserta mengalirkan air mata mengenangkan kesilapan dan dosa yang mereka telah lakukan. Bimbingan dan cara untuk mengubah diri menjadi manusia berguna turut diselitkan oleh para penceramah di samping memfokuskan kepada cinta kepada Allah dan Rasul.

Aktiviti petang pula diisi dengan slot Rehlah Berfokus diketuai oleh Cg. Bukhari. Aktiviti ini dibahagikan kepada 11 checkpoint yang mana semua aktivti mempunyai objektif ke arah pembinaan sahsiah dan akhlak terpuji. Antara objektif lain adalah untuk membina sifat suka bekerjasama, kreatif, sifat sabar, bertanggungjawab, amanah, cekap, bercakap benar dan sebagainya.

Majlis penutup diserikan dengan kehadiran Penolong Kanan Pentadbiran En. Abdul Said B. Hussain dan Penolong Kanan HEM Ustaz Mohd Siroj B. Abdul Lathiff serta dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Ustaz Azmi B. Abdul Hamid. Majlis penutup dimulakan dengan nyanyian lagu tema, ucapan aluan pengerusi majlis, bacaan doa, ayat tema dan ikrar peserta kem. Seterusnya ucapan penyelaras program Cik Noor Yazmira Bt. Ismail, Ucapan PK Pentadbiran En. Abdul Said dan ucapan penutup oleh Ustaz Azmi. Majlis penutup juga diserikan lagi dengan tayangan ringkas aktiviti sepanjang program dan majlis penyampaian hadiah kepada kumpulan-kumpulan terbaik. Peserta lelaki terbaik dimenangi oleh Mohd Danial B. Alimin dan peserta perempuan terbaik Siti Shahida Syaril.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir dan semua barisan AJK kem yang sudi meluangkan masa dan menyumbang buah fikiran dan tenaga dalam menjayakan kem pemantapan sahsiah pada tahun ini. Semoga Allah mengurniakan kemuliaan disisiNya. Pihak sekolah juga berharap agar kem ini dapat memberi impak positif dalam diri dan jiwa setiap peserta yang hadir agar mereka dapat memantapkan lagi sahsiah dan akhlak berasaskan agama. InsyaAllah.

KE ARAH MEMBINA GENERASI BERTAQWA”

 

="" src="/images/stories/2014/sahsiah/19.jpg" />

  GALERI GAMBAR KESELURUHAN KLIK DI SINI>>>best!!


Articles Categories

SMKTBG Archive

Powered by mod LCA

Kaunter Pelawat

3227634
TodayToday959
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week7056
This MonthThis Month33653
All DaysAll Days3227634
54.145.117.60

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.