MAJLIS ORIENTASI TINGKATAN SATU DAN MAJLIS PENDAFTARAN KEMASUKKAN KE ASRAMA TAHUN 2015

 LAPORAN OLEH: USTAZ SIROJ BIN ABDUL LATHIFF (PK HEM)

  

“Melangkah Masuk Bersama Seribu Harapan,

Melangkah Keluar Bersama Seribu Kejayaan”

 

 

Tarikh 11 Januari 2015 menjadi tarikh keramat bagi murid-murid Tingkatan 1 yang akan mengikuti sesi persekolahan bagi tahun 2015. Seawal pukul 7.45 pagi ruangan sekolah dipenuhi dengan kehadiran Ibu bapa dan anak-anak murid yang bakal meneruskan pelajaran di sekolah menengah. Murid-murid Tingkatan 1 begitu bersemangat dan teruja untuk memulakan sesi persekolahan di alam sekolah menengah. Semua murid nampak segak, kemas dan berdisiplin dengan pakaian seragam sekolah yang lengkap. Ibu bapa yang hadir membawa bersama seribu impian dan harapan agar anak-anak mereka bakal mencipta kejayaan di SMK Teluk Bahang.

 

 

Majlis dimulakan oleh Cikgu Muhammad Bahtiar Bin Jafaar selaku pengerusi majlis dengan bacaan Ummul Kitab di Surau SMK Teluk Bahang. Beliau mengalu-alukan kehadiran ibu bapa yang bersiap sedia untuk menghantar anak-anak mereka untuk sesi persekolahan bagi tahun 2015. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ustaz Mohd Siroj Bin Abdul Lathiff yang menyentuh aspek sahsiah dan disiplin murid-murid. Beliau menerangkan peranan yang perlu dimainkan oleh Ibu bapa dalam memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah mematuhi peraturan sekolah. Pihak sekolah sentiasa bersedia menerima kunjungan dan lontaran idea-idea daripada ibu bapa sepanjang masa. Beliau turut memperingkatkan tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan anak-anak pelajar sentiasa hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu disamping membimbing dan mengasah sahsiah pelajar dari masa ke masa. Beliau turut memohon agar ibu bapa sentiasa menaruh kepercayaan dan mempunyai hubungan yang kukuh dengan pihak sekolah dalam memastikan anak-anak pelajar mencapai kejayaan. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan amanat yang di sampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Abdul Said Bin Hussain yang turut mewakili tuan pengetua. Beliau memulakan ucapan dengan menjelaskan Visi dan Misi sekolah yang berwatak KRS dalam membentuk dan melahirkan pelajar yang cemerlang secara holistik dalam aspek sahsiah, akademik dan kokurikulum. Ibu bapa diminta sentiasa berkerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan aspirasi sekolah khususnya melalui program Sarana Ibu bapa. Ibu bapa perlu memastikan kehadiran anak-anak dipantau untuk memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dapat dijalankan dengan jayanya. Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilaksanakan sepanjang tahun yang turut memerlukan sistem pemantauan daripada ibu bapa agar mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak di sekolah. Penerangan turut diberikan berkaitan Pengajaran OPS ENGLISH yang akan diadakan mulai bulan Januari sehingga bulan Mei. Ibu bapa diminta membimbing dan memantau perkembangan anak-anak melalui komunikasi bahasa Inggeris di rumah sebagai langkah pengukuhan pengajaran di sekolah.

 

Majlis diteruskan dengan ucapan Ustaz Mohd Rusdi Bin Mansor, selaku ketua warden berkaitan urusan anak-anak yang bakal menjadi penghuni asrama bagi sesi 2015. Beliau menerangkan soal urusan disiplin, persediaan fizikal, persediaan mental dan komitmen ibu baapa dalam memastikan anak-anak berjaya di asrama SMK Teluk Bahang. Setelah majlis selesai ibu bapa menyemak senarai nama anak-anak mengikut kelas untuk sesi Tingkatan 1 tahun 2015 kemudian mendapatkan Buku Teks yang lengkap sebagai persediaan persekolahan. Ibu bapa turut berpusu-pusu untuk membeli peralatan dan persiapan persekolahan di Koperasi sekolah. Suasana sekolah begitu meriah dan ceria dengan gelagat ibu bapa yang melayan karenah anak-anak bagi memenuhi keperluan persekolahan.

 

Jutaan terima kasih dikalungkan kepada semua ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus dalam menjalankan Majlis Orientasi Tingkatan Satu dan Majlis Pendaftaran Kemasukkan Asrama bagi tahun 2015. Pihak sekolah sentiasa berusaha ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang daripada aspek sahsiah, akademik dan kokurikulum. Semoga usaha pihak sekolah dalam memastikan anak-anak pelajar mendapat kejayaan diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

 

 

 

 

 


Articles Categories

SMKTBG Archive

Powered by mod LCA

Kaunter Pelawat

3225654
TodayToday217
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5076
This MonthThis Month31673
All DaysAll Days3225654
54.144.57.183

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.