PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN SATU 2015

LAPORAN OLEH NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 Bismillahirrahmanirrahim…

 12 & 13 Januari 2015 – Bagi mengalu-alukan kedatangan semua pelajar-pelajar baru Tingkatan 1, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan satu program orientasi bertujuan untuk memperkenalkan sekolah dan mendedahkan pelajar dengan pelbagai maklumat berkaitan SMK Teluk Bahang. Seramai 102 orang pelajar terlibat sepanjang dua hari program tersebut dibawah bimbingan Cik Noor Yazmira Bt. Ismail. Para pelajar didedahkan dengan lagu sekolah dan lagu KRS, mendengar taklimat daripada Unit HEM dan Lembaga Disiplin, taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah, taklimat Kokurikulum, taklimat kesihatan dan Sistem Maklumat Murid serta taklimat daripada Unit Kaunseling tentang khidmat-khidmat yang disediakan oleh guru-guru kaunseling.

 

Para pelajar juga diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti adab sopan terhadap guru dan rakan serta persekitaran sekolah. Tidak lengkap program tanpa aktiviti berkumpulan yang mana para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta menyediakan bahan pembentangan berkaitan cita-cita dan kelebihan diri masing-masing. Para pelajar juga dibawa oleh pengawas Pembimbing Rakan Sebaya untuk melawat bilik-bilik khas di sekitar blok sekolah dan program ini diakhiri dengan solat zohor secara berjemaah. Diharapkan program orientasi ini dapat membuka minda para pelajar sebagai persediaan awal untuk masuk ke kelas bagi memulakan pembelajaran dan secara tidak langsung bersedia untuk menghadapi cabaran sebagai pelajar sekolah menengah.

Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir sekolah dan semua guru yang terlibat serta pengawas Pembimbing Rakan Sebaya dalam menjayakan program ini. Sahsiah Mantap, Akademik Cemerlang.

 “TAK KENAL MAKA TAK CINTA”

 Disediakan oleh :

 Noor Yazmira Bt. Ismail

 Guru Bimbingan dan Kaunseling

 SMK Teluk Bahang


Articles Categories

SMKTBG Archive

Powered by mod LCA

Kaunter Pelawat

3132179
TodayToday84
YesterdayYesterday1209
This WeekThis Week4940
This MonthThis Month28722
All DaysAll Days3132179
54.156.42.165

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.