PROGRAM MOTIVASI“DO BETTER : ACHIEVE YOUR GOAL”

LAPORAN OLEH: NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

Bismillahirrahmanirrahim…

4 Februari 2015 – Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjemput seorang penceramah motivasi daripada Ultimate Success Consulant iaitu Ustaz Rosman Rosdi bagi berkongsi dan menyampaikan ilmu dengan tajuk “Do Better : Achieve Your Goal”. Program ini melibatkan semua pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Antara tips yang dikongsikan untuk mencapai impian adalah DUIT ; Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal. Prinsip-prinsip positif dalam hidup juga ditekankan dalam ceramah beliau selain menekankan tentang akhlak sebagai muslim yang bijak menjaga diri daripada terpengaruh dengan budaya dan gejala yang tidak sihat. Komunikasi secara dua hala amat membantu para pelajar untuk berinteraksi dengan lebih dekat dan selesa dengan penceramah.

Pihak sekolah amat mengharapkan agar semua tips yang dikongsikan dapat diamalkan oleh para pelajar sebagai bekalan permulaan sesi persekolahan seterusnya menaikkan semangat dan motivasi pelajar untuk rajin ke sekolah dan menimba pengetahuan untuk kejayaan masa depan.

“TAKE ACTION, DO BETTER : ACHIEVE YOR GOAL”