PROGRAM MEMBANTU RAKYAT (MEMBARA) 2015

 

LAPORAN OLEH: NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

PROGRAM MEMBANTU RAKYAT (MEMBARA) 2015

TEMA : HALUAN PEWARIS

ANJURAN : JASA PULAU PINANG dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Teluk Bahang

 

 

13 Februari 2015 – Program MEMBARA adalah satu program motivasi berbentuk seminar yang berfokuskan kepada akademik dan halatuju murid dalam kerjaya masa depan. Program ini melibatkan seramai 400 murid Tingkatan satu hingga tiga dan telah diadakan di Dewan Persidangan.

Pihak sekolah amat berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak PPD Barat Daya iaitu En. Mustafa B. Hashim, Penolong Pegawai Bimbingan dan Kaunseing, Daerah Barat Daya dan tidak lupa juga terima kasih kepada Pengerusi PIBG sekolah En. Abdul Majeed B. Mohd Shariff kerana turut sudi hadir dalam program tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah dan bengkel.

 

Pada sesi pagi ceramah bertajuk Kemahiran Belajar telah disampaikan oleh Cik Noor Yazmira Bt. Ismail manakala pada sesi tengahari bengkel bertajuk Pengurusan Masa telah disampaikan oleh Kaunselor sekolah Pn. Hanita Bt. Halim. Dalam sesi ceramah kaunselor menekankan tentang kemahiran membaca dengan berkesan dan membuat nota peta minda kerana kedua-dua kemahiran ini amat penting ketika murid ingin mengulangkaji pelajaran.

Bagi sesi bengkel pula, murid-murid dikehendaki mengisi jadual belajar dengan memasukkan setiap aktiviti rutin harian mereka di dalam kertas jadual yang diberikan. Kepentingan pengurusan masa yang berkesan turut diselitkan agar murid-murid memahami kepentingan menguruskan masa dalam kehidupan seharian. Halatuju akademik dan kerjaya masa depan juga turut disampaikan sebagai panduan awal bagi semua murid untuk merancang kehidupan mereka selepas ini. Pihak sekolah amat mengharapkan dengan dua slot dalam program ini dapat memberi sesuatu input yang berguna untuk murid-murid mengaplikasikannya dalam sesi pembelajaran mereka setiap hari.

Jutaan terima kasih kepada pihak JASA yang menganjurkan Program MEMBARA ini dan sekaluang penghargaan untuk semua pihak guru yang membantu menjayakan program ini. Semoga SMK Teluk Bahang berjaya melahirkan murid-murid yang mencintai ilmu dan mahu berjaya dengan cemerlang.

“TAKE ACTION, DO BETTER : ACHIEVE YOR GOAL”