PROGRAM ‘SEKOLAH BERSAMA PDRM’ 2015

Laporan oleh : Pn Norita Naijan (Setiausaha II Sekolah Bersama PDRM 2015)

 

 Tarikh              : 4 Mac 2015 (Rabu)

 Masa                : 8.00 pagi hingga 6.30 petang

 Tempat           : Asrama SMK Teluk Bahang dan Dataran Tn Haji Abdul Malek

 

 

Tanggal 4 Mac 2015 yang lalu, sekali lagi SMK Teluk Bahang tercinta kita selaku tuan rumah berjaya mengadakan program gilang gemilang “Sekolah bersama PDRM”. Program yang dianjurkan oleh Balai Polis Barat Daya itu telah disempurnakan oleh YDH Senior DCP Dato’ Wira Abd. Rahim bin Haji Hanafi, Ketua Polis Pulau Pinang. Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Dato’ Osman bin Hussain, YDH Sac Nasir bin Salleh, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ketua Balai Barat Daya , Superintenden Lai Fah Hin, Pegawai Pejabat Pendidikan Barat Daya En Rusli bin Hashim dan YDP PIBG En Abdul Majeed bin Sharif. Program ini juga turut disertai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang membawa bersama mereka 25 orang kanak-kanak kurang upaya, sindrom down dan lembam. Turut meramaikan majlis ini ialah murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Teluk Bahang.

 

 

          Seawal jam 7.30 pagi pelajar-pelajar yang terdiri daripada tingkatan 1, 4 dan 5 telah beratur di sepanjang laluan ke asrama untuk menyambut YDH Dato’ Wira. Selain disambut dengan lambaian bendera Jalur Gemilang, YDH Dato’ Wira juga dihidangkan dengan persembahan silat lincah. Seusainya silat lincah beraksi, muncul pula kumpulan tarian. Para hadirin semakin teruja melihat kekuatan peserta angkat berat SMK Teluk Bahang. Selepas, menandatangani plag perasmian, YDH Dato’ Wira meluangkan masa bergambar dengan barisan guru SMK Teluk Bahang.

 

          Majlis diteruskan dengan acara dalam dewan dimulai degn nyanyian lagu Neragaku dan lagu negeri, dikuti dengan bacaan doa, ucapan aluan oleh ayahanda Pengetua, ucapan oleh Pengarah Pelajaran Pulau Pinang seterusnya ucapan perasmian oleh YDH Dato’ Wira. Dalam ucapan beliau, banyak diselitkan kata-kata nasihat untuk murid-murid, pengalaman di sekolah dan pengalaman sepanjang berkhidmat sebagai aggota polis. Kuiz berdasarkan teks ucapan Ketua Polis Pulau Pinang turut diadakan dan mendapatkan sambutan hangat dari pelajar kerana setiap jawapan yang betul akan mendapat RM20!

 

           Acara kemuncak di dewan adalah perasmian Kelab Pencegahan Jenayah dikuti dengan penyampaian watikah pelantikan kepada 25 orang pelajar yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, ahli jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks dan Pengawas Asrama.

 

           Kira-kira jam 10 pagi semua hadirin dijemput ke Dataran Tuan Haji Abdul Malek untuk menyaksikan persembahan kawad formasi oleh pasukan KRS di bawah pimpinan Ust Irsaili Rafifi, En Bahtia dan Pn Azmawati. Program semakin rancak apabila pasukan wanita cantas (full gear) mengadakan lakonan kes rempit yang beraksi dengan kereta peronda Mitsubishi Lancer dan adegan tembak menembak.

 

           Di sebelah petang pula, bermula jam 2.00 petang, ceramah jenayah di kalangan pelajar disampaikan di kepada pelajar asrama. Manakala jam 5.00 petang pasukan SMKTBG yang terdiri daripada guru, pembantu makmal dan pelajar berentap dengan pasukan polis barat daya dalam perlawanan bola sepak. Ternyata kedua-dua pasukan sama hebat apabila keputusan yang diperoleh adalah seri 2-2.

 

           Walaupun pelbagai cabaran, namun akhirnya impaknya program ini terpancar wajah-wajah kepuasan, teruja dan gembira dengan hasil dan kelancaran program pada hari tersebut. Teamwork yang dipamerkan oleh warga SMK Teluk Bahang patut diberi pujian dan penghargaan. Semoga program ini dapat mengeratkan hubungan dengan PDRM yang sedia ada.

 

Syabas dan tahniah diucapkan "We Are No. 1"

 

GALERI GAMBAR KESELURUHAN KLIK DI SINI>>>best!!


Articles Categories

SMKTBG Archive

Powered by mod LCA

Kaunter Pelawat

3225755
TodayToday318
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5177
This MonthThis Month31774
All DaysAll Days3225755
54.162.241.40

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.