MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 9 2015/2016

 LAPORAN OLEH: PN. NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

PERASMIAN OLEH : SETIAUSAHA ADUN TELUK BAHANG, EN. ALI B. MD ZAIN

 Pada hari Jumaat 27 Mac 2015 yang lalu, SMK Teluk Bahang telah mengadakan Mesyuarat Agung  Tahunan PIBG kali ke-9 2015 yang bermula pada 3.00 petang dan bertempat di Bilik Persidangan SMK Teluk Bahang. Sejumlah lebih 90 orang ibu bapa dan guru-guru telah hadir ke mesyuarat tersebut.

 

Agenda mesyuarat dimulakan dengan ucapan dan laporan daripada yang diraikan Tuan Pengetua SMK Teluk Bahang, En. Abdul Nasir Bin Hj. Salleh diikuti dengan ucapan yang diraikan PK HEM Ustaz Mohd Siroj B. Abdul Lathiff. Tuan Pengetua akan berpindah menjadi Pengetua di SMK Raja Tun Uda, Pulau Pinang manakala PK HEM akan melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada YDP PIBG 2014/2015, En. Abd. Majeed Bin Mohd Sheriff dan diikuti dengan ucapan perasmian Mesyuarat Agung PIBG oleh Setiausaha Adun Teluk Bahang, En. Ali b. Md Zain.

Seterusnya minit mesyuarat agung yang lalu telah disahkan. Kemudian, setiausaha PIBG membentangkan laporan tahunan PIBG dan telah diterima oleh ahli mesyuarat. Penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2014 dibentangkan oleh bendahari PIBG dan disahkan.

Setelah pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2014/2015 dijalankan, En. Abd. Majeed Bin Mohd Sheriff telah dilantik sebagai pengerusi sementara. Pengerusi sementara kemudiannya mengendalikan perlantikan AJK PIBG dan juruaudit baru bagi sesi 2015/2016 daripada kalangan ibubapa. Setelah AJK baru dilantik, tibalah sesi perbahasan usul-usul mesyuarat.

En. Abd. Majeed Bin Mohd Sheriff.  selaku YDP PIBG 2015/2016 menyampaikan ucapan penutup dan penangguhan mesyuarat pada jam 5.20 petang. Ahli mesyuarat di jemput menikmati  jamuan ringan yang disediakan oleh pihak sekolah.

Terima kasih kepada semua hadirin yang hadir ke mesyuarat Agung kali ini. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa majlis yang telah bertungkus-lumus menjayakan mesyuarat AGUNG PIBG pada tahun ini.

Syabas dan Tahniah diucapkan.

GALERI GAMBAR KESELURUHAN KLIK DI SINI>>>best!!