Majlis Sanjungan Budi 2015

LAPORAN OLEH: PN. NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

Pengerusi Kelab IQRA 2015

 

Yang Diraikan Tuan Pengetua En. Abdul Nasir B. Hj. Salleh Dan Pk Hem Ustaz Mohd Siroj B. Abdul Lathiff.

Anjuran : Kelab IQRA SMK Teluk Bahang 2015 dengan kerjasama PIBG sekolah.

 

  

Pada 3 April 2015 yang lalu satu majlis telah diadakan bagi meraikan pertukaran Tuan Pengetua En. Abdul Nasir B. Hj. Salleh ke SMK Raja Tun Uda dan PK HEM Ustaz Mohd Siroj B. Abdul Lathiff yang melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Majlis tersebut dimulakan dengan perarakan masuk barisan pentadbir yang diraikan bersama-sama paluan kompang dan bunga manggar daripada para pelajar Pemimbing Rakan Sebaya dan pasukan nasyid asrama.

 Turut serta dalam majlis tersebut adalah YDP PIBG En. Abdul Majeed B. Mohd Shariff dan Naib YDP PIBG En. Shaharuddin. Majlis diselitkan dengan ucapan alu aluan pengerusi majlis daripada dua pelajar tingkatan 5, ucapan wakil pelajar Mohd Sharil Khan daripada tingkatan 5 Brigadier, ucapan YDP PIBG, ucapan PK Pentadbiran En. Abdul Said B. Hussain mewakili semua guru, diikuti ucapan yang diraikan PK HEM Ustaz Mohd Siroj B. Abdul Lathiff dan ucapan yang diraikan Tuan Pengetua En. Abdul Nasir B. Hj. Salleh. Dalam ucapan kedua-dua yang diraikan ini mereka ada menyebut tentang pelbagai pengalaman dan cabaran yang ditempuhi sepanjang berkhidmat di SMK Teluk Bahang dan tidak lupa menyelitkan beberapa nasihat dan perkongsian pengalaman menangani masalah pelajar.

Nasihat juga turut diberikan kepada semua pelajar agar sentiasa menjadikan sekolah sebagai satu tempat untuk belajar menjadi manusia yang berdisiplin dan membentuk diri untuk lebih maju ke hadapan. Majlis ini turut diselitkan dengan penyampaian cenderahati kepada 10 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PT3 2014. Majlis seterusnya diserikan lagi dengan beberapa persembahan daripada pelajar seperti dua persembahan nasyid pelajar asrama lelaki dan perempuan, persembahan sajak Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, persembahan lakonan yang diketuai oleh Mohd Danial B. Alimin daripada 3 Kolonel bersama beberapa pelajar lain dan persembahan sajak daripada guru; Cik Habibah. Bagi meraikan kegembiraan kedua-dua pentadbir yang berjaya melangkah ke tahap yang lebih inggi, acara memotong pulut kuning diadakan dan suap menyuap menambahkan lagi kasih sayang dalam kalangan guru-guru. Wakil-wakil kelas, wakil PIBG, wakil Kelab IQRA serta rakan-rakan guru mengambil kesempatan dalam majlis tersebut untuk menyampaikan cenderahati kenang kenangan kepada kedua-dua pentadbir.

Majlis diakhiri dengan persembahan kawad kaki berirama daripada pasukan kawad kaki sekolah dan acara bergambar turut dilakukan sebagai satu kenangan di masa hadapan. Majlis diakhiri dengan jamuan guru yang ditaja oleh PIBG sekolah. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua AJK majlis Sanjungan Budi yang banyak membantu menjayakan program pada hari tersebut. Kepada Tuan Pengetua dan PK HEM.. SELAMAT MAJU JAYA.. DOAKAN SMKTBG TERUS CEMERLANG DALAM SEMUA BIDANG.

“Di sini kita bermula, kita berusaha, kita berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat, selamanya…

~En. Abdul Nasr B. Hj. Salleh, 2015”

 

 

GALERI GAMBAR KESELURUHAN KLIK DI SINI>>>best!!


Articles Categories

SMKTBG Archive

Powered by mod LCA

Kaunter Pelawat

3226981
TodayToday306
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week6403
This MonthThis Month33000
All DaysAll Days3226981
54.198.2.110

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.